Faedah - Hyperbaric
15994
page-template,page-template-full_width,page-template-full_width-php,page,page-id-15994,ajax_fade,page_not_loaded,,vertical_menu_enabled,side_area_uncovered_from_content,footer_responsive_adv,qode-theme-ver-11.2,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.2.1,vc_responsive
 

Faedah

Apabila anda menerima terapi oksigen hipebarik, anda akan ditempatkan di dalam ruang terapi bertekanan yang akan menyampaikan oksigen dengan maksimumnya dari biasa. Anda boleh membaca buku semasa anda duduk dengan selesa di dalam bilik, menerima terapi anda. Anda mungkin tidak akan terasa apa-apa selain daripada telinga anda berkemungkinan mengalami proses yang sama semasa penerbangan (dan sesetengah orang tidak langsung menyedari adanya keadaan sebegini).

Penyembuhan Luka

Proses penyembuhan luka adalah kompleks dan juga dipengaruhi oleh banyak faktor. Dengan HBOT, saluran darah baru akan dirangsang untuk pertumbuhan, meningkatkan aliran darah ke kawasan yang berkurangan peredaran darah.

Pertahanan Terhadap Jangkitan

Sistem imun tubuh mempertahankan kami terhadap organisma yang menyebabkan jangkitan. Oksigen hiperbarik meningkatkan daya tahan tubuh kami secara semula jadi untuk melawan jangkitan dan bakteria.

Mengurangkan Bengkak dan Keradangan Sekitar Luka

Dengan adanya peningkatan kandungan okisgen dalam darah anda, terapi oksigen hiperbarik mengurangkan bengkak dan keradangan sekitar luka-luka.

Pemulihan Parut Tisu

Pemulihan tisu akan mengambil masa yang lama dan kekuatannya akan merosot sekiranya kandungan oksigen menurun. Proses pemulihan akan bertindak dengan lebih cepat dan kuat apabila dirawat dengan terapi oksigen hiperbarik kerana ketersediaan dan kemampatan oksigen yang diterima semasa proses tersebut.

Peningkatan Keupayaan Sel Darah Putih

Apabila badan anda kekurangan oksigen, fungsi sel darah putih akan merosot. Bekalan oksigen yang ditawarkan melalui terapi oksigen hiperbarik membantu membunuh bakteria dengan meningkatkan fungsi leukosit (sejenis sel darah putih).

Menggalakkan Kekuatan Tisu

Terapi oksigen hiperbarik membolehkan oksigen berfungsi sebagai ejen yang cekap menjangkau ke kawasan yang mengalami kerosakan/kecederaan dan memulihkan kekuatan tisu yang diperlukan. Ini membolehkan sel-sel yang bertanggungjawab untuk membangkitkan penyembuhan tisu berparut dan menggalakkan kekuatannya.